Thursday, May 19, 2011

'Idul Mu'allim


Guru, Ilmu dan Pahala
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
                                               

Friday, April 1, 2011

MUBTADA DAN KHABAR

MUBTADA

KHABAR

PEMBAHAGIAN MUBTADA

PEMBAHAGIAN KHABAR

Wednesday, March 30, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh  : 15 Julai 2015
Hari     : Khamis
Kelas   : 1 Ibnu Hayyan
Bilangan Pelajar : 40 orang
Mata pelajaran : Bahasa Arab Komunikasi
Tajuk               : Mubtada’ dan Khabar

Langkah/masa
Kandungan
Aktiviti
Alat Bantuan Mengajar
Set Induksi
Guru meminta seorang pelajar keluar berdiri di hadapan kelas. Kemudian guru bertanya murid-murid apakah yang pelajar itu lakukan.
Pelajar menjawab “Muhammad berdiri”
Sesi pengajaran
- Guru menjelaskan tajuk dengan aktiviti yang telah dilakukan pelajar.
- Guru memberitahu tajuk pengajaran.
- Guru menerangkan erti mubtada’ dan khabar
- Guru meminta pelajar memberi contoh selain contoh tersebut.
- Guru membahagikan pelajar dalam kumpulan.
- Pelajar diminta melakar peta minda mengenai tajuk yang telah dipelajari dalam kumpulan.
- Guru meminta setiap kumpulan membentangkan peta minda tersebut pada minggu hadapan.
- Buku Teks
- Papan Hitam
Refleksi
-Pelajar dapat mengetahui erti mubtada’ dan khobar,
- pelajar dapat membezakan penggunaan setiap mubtada’ dan khabar serta memahami cara ikrab kedua-dua bahagian tersebut.
- Pelajar dapat mempelajari cara bina ayat berdasarkan penggunaan mubtada’ dan khabar.


SOALAN OBJEKTIF

SOALAN SUBJEKTIF

RUJUKAN